Thursday, March 18, 2010

KEFAHAMAN DAN KEMAHIRAN ICT

Perkembangan TKM telah membawa kepada suatu lonjakan besar dalam bidang pendidikan. Pelbagai rancangan direalisasikan oleh kerajaan demi melahirkan golongan rakyat yang dapat menggalas hasrat negara bagi mencapai Wawasan 2020. Menurut kajian yang dilakukan oleh Sandholtz, 1997 (dalam Noraein Mansor, 1999), penggunaan teknologi di sekolah boleh mendorong memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau lagi, penggunaan komputer telah berjaya meningkatkan mutu pendidikan. Heinich, 1993 (dalam Noraien Mansor, 1999) juga menjelaskan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik persembahan pengajaran. Malah, David Dwyer, 1996 (dalam Noraien Mansor, 1999) dalam kajiannya melaporkan bahawa teknologi merupakan media penggerak untuk pelajar berfikir dan bermuafakat. Malah penggunaan teknologi yang cekap dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar dan menyokong pencapaian pembelajaran dalam abad ke 21.
Ini bermakna perkembangan sains dan teknologi maklumat telah dapat mempengaruhi perkembangan mutu pengajaran dan pembelajaran dengan ciptaan peralatan serta perisian komputer yang canggih. Hanya melalui pendidikan, perbezaan jurang digital antara kaum dapat dikurangkan. Kebanyakan kajian yang dijalankan bagi menilai persepsi pelajar dan guru terhadap penggunaan komputer di sekolah dan institusi pengajian tinggi, menerima maklumbalas yang positif


Dipetik daripada : http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=3811417962739136684

2 comments:

  1. tahniah kepada tuan mohinjodaro,
    saya memang menyokong pendapat tuan yang kefahaman dan kemahiran Ict ni banyak membantu guru-guru dalam meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka..
    syabas...

    ReplyDelete
  2. Perkembangan sains dan teknologi maklumat telah dapat mempengaruhi perkembangan mutu pengajaran dan pembelajaran dengan ciptaan peralatan serta perisian komputer yang canggih.Satu artikal yang bagus. TQ Abang Mohin.

    ReplyDelete