Monday, March 15, 2010

Perkembangan ICT dalam pendidikan

Perkembangan Teknologi Dalam Pendidikan
Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick & Reiser, 1989). Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajar-pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses pengajaran pembelajaran.

Situasi ini dapat diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan pengajaranya dengan bantuan bahan atau media. Perkembangan teknologi telah dapat mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian. Bermula dengan interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan mencatat di atas bahan yang bermula dengan daun hinggalah berlakunya perkembangan teknologi kertas dan percetakan. Seterusnya teknologi fotografi telah berkembang yang menyebabkan terdapatnya gambar-gambar yang dapat digunakan sebagai satu rujukan disusuli pula dengan media elektronik seperti radio, TV, filem, video, VCD, DVD dan perkembangan terakhir dengan ada teknologi maklumat seperti telesidang dan komputer terutamanya dalam bidang multimedia.

Walaupun perkembangan seumpama ini banyak memberi sumbangan terhadap dunia hiburan tetapi tidak dapat disangkal dalam pendidikan perkembangan ini dapat memberi kesan yang positif dalam proses pembelajaran. Sebagai seorang guru perkembangan yang begitu mencabar ini harus dianggap sebagai satu peluang ke arah mempelbagaikan strategi dan mempermantapkan sistem penyampaian ke arah yang lebih berkesan, dinamik, menyeronokan dan menghiburkan.

Sekolah Bestari
Pengenalan kepada Sekolah Bestari adalah merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial dan budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan dapat menggabung serta memberi penekanan terhadap:
Pembelajaran berbudaya fikir
Pemusatan kepada pelajar
Penggunaan pelbagai media secara bijak
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
Pengurusan persekolahan yang efektif
Usaha ini adalah ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang lebih bermakna dan berkesan di mana guru-guru bukan lagi pendeta di atas pentas (sage by the stage) tetapi sebagai pembimbing di sisi (guide by the side) untuk menyampaikan pengajaran secara lebih berkesan .

“…… delivers education in a dramatically better way to significantly enhance the achievement
of the goals of the National Philosophy of Education, utilizing technology as the enabler,
and supported by appropriate people, skills, policies and processes. It uses information to select and
implement effective tools and practices accompanied by necessary organizational support and
continous professional development”
(Smart School task Force, May 1997)

Keberkesanan pendidikan ini dapat dilihat melalui peranan guru dan pelajar dalam proses pembelajaran melalui kurikulum yang lebih mantap dab bersepadu. Pengajaran guru yang bersifat ‘pembimbingan di sisi” harus mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Berfokuskan pelbagai domain untuk membolehkan pelajar berkembang secara menyeluruh dan seimbang.
Mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang tepat merentasi kurikulum
Pencapaian pembelajaran (intended learning outcomes) dinyatakan secara eksplisit bagi membolehkan pelajar memperolehi akses kepada pembelajaran berkualiti dan pembelajaran berlaku secara “self-paced” merentasi tahun dan tingkatan
Mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap sejajar dengan era maklumat.

Dalam hal ini guru haruslah berusaha untuk menggunakan pelbagai pendekatan seperti:
Pendekatan berfokuskan pelajar
Pendekatan berfokuskan pembelajaran
Pendekatan berpusatkan pemikiran
Pendekatan berorientasikan proses
Ke arah mengoptimumkan potensi pelajar dalam proses mencari ilmu yang lebih bersifat:
Pembelajaran terarah kendiri (self-directed)
Bergerak pada kemampuan kendiri (self-paced)
Pemerolehan resos secara akses kendiri (self-accessed)
Dalam hal ini amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seharusnyalah tidak lagi tertumpu hanya dengan membekal maklumat dan memberi jawapan berdasarkan soalan serta menggunakan bahan yang terhad sahaja. Apa yang harus dilakukan ialah membekal tugasan yang lebih mencabar terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam sesutau pakej pembelajaran yang memerlukan analisis dan penyiasatan secara kolaboratif dan koperatif dalam menyelesaikannya, mengemukan soalan-soalan yang berkehendak lebih banyak berfikir dan menjanakan minda serta menggunakan banyak bahan dari sumber-sumber yang mudah didapati hasil dari perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan mencapai hasilan pembelajaran.


dipetik http://www.tutor.com.my/tutor/motivasi/index.asp?pg=artikel/pendidikan_bertaraf_dunia1.htm

2 comments:

  1. Teknologi dalam pendidikan sememangnya amat dituntut dalam arus pendidikan moden yang bertaraf global. Sejauhmana impak keberkesanannya adalah bergantung kepada konsistennya guru-guru dalam mengaplikasikan dalam bilik darjah dan kecekapan murid dan penggunaan bahan-bahan yang bersesuaian sebagai instrument dalam pengajaran dan pembelajaran. Kita sebenarnya tidak mampu untuk menolak dan menongkah arus perkembangan teknologi ini. Jati diri dan intergriti yang tinggi berlandaskan kesusilaan dan kemoralan yang tinggi menjadi satu elemen yang perlu ada dalam semua aktiviti penglibatan teknologi.

    ReplyDelete
  2. Saya tertarik dengan artikel yang cikgu paparkan. Apa yang cikgu paparkan seharusnya menjadi pendorong dan pembakar semangat kaum guru untuk merealisasikannya, serta menjadi cabaran . Namun, hakikat sebenarnya, hasrat untuk melihat kaum guru menyahut cabaran ini masih jauh terkebelakang. Mampukah kita sebagai pentadbir di sekolah membantu guru-guru kita, khususnya dalam penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran?

    ReplyDelete