Sunday, April 25, 2010

Cabaran IT Dikalangan Guru

Menurut Brumby (1984), antara faktor utama yang menghalang kemajuan dalam penggunaan teknologi adalah kekurangan kemahiran, kewangan dan pengalaman.Kehadiran teknologi baru di sekolah dijangkakan akan memerlukan kepakaran dan kemahiran semasa. Penyediaan perkakasan dan perisian tidak akan membawa apaapa makna tanpa kepakaran. Ini kerana teknologi bukan sahaja meliputi aspek-aspek perkakasan (hardware} dan perisian {suftwun)~iu&litlMui juga aspek cant atan kaedah penggunaan (useware), Oleh kerana itu, penulis mencadangkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia supaya merancang secara sistematik aspek latihan bagi menyediakan guru dengan kemahiran dan pengetahuan .teknologi.Pendedahan, latihan dan sokongan untuk jangka masa yang panjang seharusnya dirancang dan kerap diadakan. Ini bererti program peningkatan profesionalisme keguruan perlu dilakukan secara berterusan. Dalam perkembangan berkaitan, McDougall dan
Squires (1997) telah mengenal past! lima bidang yang boleh dijadikan fokus dalam perkembangan profesional seseorang guru, iaitu: kemahiran menggunakan perisian aplikasi yang bersesuaian seperti pemerosesan maklumat, sistem operasi, dan perisian Internet access; penyepaduan teknologi maklumat dalam kurikulum yang sedia ada meliputi semua disiplin ilmu; perubahan dalam kurikulum yang berkaitan teknologi maklumat; perubahan dalam peranan guru dan juga pelajar; dan pengaplikasian teori pembelajaran dalam persekitaran teknologi maklumat. Mills dan Tincher (2003) menyatakan kepakaran mengintegrasikan teknologi oleh
guru tidak akan tercapai melalui penawaran satu dua kursus dalam program latihan keguruan. Bersesuaian dengan pandangan berkenaan, dewasa ini Kementerian Pelajaran Malaysia hams menubuhkan institusi latihan pendidikan khas bagi menyediakan guruguru dengan kepakaran dan kemahiran yang khusus berkaitan teknologi

Dipetik daripada: http://myais.fsktm.um.edu.my/5387/1/1.pdf

Friday, April 23, 2010

Cabaran Pembelajaran Masa Kini

Teori pembelajaran kontemporari mengandaikan pelajar sebagai pengguna maklumat yang aktif dan interaktif. Proses belajar tidak lagi melibatkan pelajar menunggu dan menerima maklumat semata-mata. Golongan psikologi kognitif mendefinisikan pembelajaran sebagai satu proses membina pengetahuan secara aktif menerusi interaksi yang dinamik dengan maklumat dan pengelaman. Pakar teori maklumat pula percaya bahawa proses pencarian maklumat melalui proses yang sama seperti proses pembelajaran: iaitu pelajar mencari dan membina makna daripada sumber yang mereka temui dan seterusnya menghasilkan makna dan menyampaikannya dengan cara berkesan. Oleh yang demikian, bolehlah dirumuskan bahawa teori pembelajaran dan teori maklumat adalah sehaluan dalam memperkatakan tentang pelajar yang aktif mengakses, mencari, menilai dan mengguna serta maklumat adalah pelajar yang belajar secara aktif.

Dipetik daripada: Yusuf Hashim & Razman Man (2006). Teknologi Intruksional Teori dan
Aplikasi. Tanjong Malim. Randys Enterprise

Thursday, April 22, 2010

Kurikulum masa depan

Perkembangan pesat ilmu pengetahuan akan memungkinkan berlaku kebanjiran maklumat. Satu kurikulum baru yang memperkenalkan kemahiran asas teknologi seperti mencari, memproses dan menapis maklumat perlu diperkenalkan di peringkat sekolah rendah. Drucker (1989) mengatakan definisi celik huruf dalam bidang pendidikan yang difahami sekarang ini adalah tidak sesuai lagi. Bertepatan dengan pandangan berkenaan, matlamat kurikulum dari peringkat rendah seharusnya memberi keutamaan kepada aspek peningkatan kemahiran belajar (learning how to learn).

Dipetik daripada: http://myais.fsktm.um.edu.my/5387/1/1.pdf

Etika Teknologi

Dari aspek etika, kita perlu melihat adakah teknologi akan digunakan secara beretika yang bersesuaian dengan nilai-nilai masyarakat? Memang benar teknologi boleh digunakan untuk faedah dan kepentingan masyarakat, namun terdapat juga penggunaan teknologi dengan tidak beretika seperti penyebaran maklumat palsu, penggunaan bahan-bahan lucah, pencurian maklumat dan sebagainya. Masaalah salah laku dan penyelewengan teknologi seperti kecurian maklumat, manipulasi data, sabotaj, penyebaran khabar angin dan pengubahan sistem sedia ada tanpa kebenaran adalah masalah yang berkaitan dengan etika. Ini berlaku kerana individu tidak menghayati nilai-nilai murni masyarakat walaupun mempunyai kepakaran ICT.

Definisi Teknologi

Finn (1960 ); Heinich,Molenda dan Russell(1989); dan Romizowski (1988) membawa maksud:

Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.
Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan pekakas dan perisian hasil dari proses teknologi itu sendiri.

Wednesday, March 24, 2010

Masalah penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan

Teknologi dalam pendidikan juga mempunyai masalahnya yang tersendiri. Kajian di Amerika mendapati fasiliti yang tidak mencukupi dan sesuai menimbulkan banyak kekangan yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru. Pihak sekolah juga tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk pengendalian dan penyelenggaraan. Disamping itu, kurangnya kepakaran dalam teknologi yang berkembang dengan begitu pesat.

Thursday, March 18, 2010

KEFAHAMAN DAN KEMAHIRAN ICT

Perkembangan TKM telah membawa kepada suatu lonjakan besar dalam bidang pendidikan. Pelbagai rancangan direalisasikan oleh kerajaan demi melahirkan golongan rakyat yang dapat menggalas hasrat negara bagi mencapai Wawasan 2020. Menurut kajian yang dilakukan oleh Sandholtz, 1997 (dalam Noraein Mansor, 1999), penggunaan teknologi di sekolah boleh mendorong memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau lagi, penggunaan komputer telah berjaya meningkatkan mutu pendidikan. Heinich, 1993 (dalam Noraien Mansor, 1999) juga menjelaskan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik persembahan pengajaran. Malah, David Dwyer, 1996 (dalam Noraien Mansor, 1999) dalam kajiannya melaporkan bahawa teknologi merupakan media penggerak untuk pelajar berfikir dan bermuafakat. Malah penggunaan teknologi yang cekap dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar dan menyokong pencapaian pembelajaran dalam abad ke 21.
Ini bermakna perkembangan sains dan teknologi maklumat telah dapat mempengaruhi perkembangan mutu pengajaran dan pembelajaran dengan ciptaan peralatan serta perisian komputer yang canggih. Hanya melalui pendidikan, perbezaan jurang digital antara kaum dapat dikurangkan. Kebanyakan kajian yang dijalankan bagi menilai persepsi pelajar dan guru terhadap penggunaan komputer di sekolah dan institusi pengajian tinggi, menerima maklumbalas yang positif


Dipetik daripada : http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=3811417962739136684